Profile Trainer (Coach Yana)

Profile Trainer (Coach Yana)

Tentang Coach Yana

Berbekalkan hampir sedekad pengalaman dalam bidang pemasaran digital sejak tahun 2016, Coach Yana merupakan seorang jurulatih yang bersemangat tinggi dan berorientasikan hasil, dengan kepakaran dalam TikTok Marketing dan Penjenamaan Digital.

Sejak memulakan perjalanan dalam dunia digital, Coach Yana komited membantu usahawan, pencipta kandungan dan perniagaan untuk berkembang melalui strategi pemasaran yang praktikal, relevan dan berimpak tinggi.

Sebagai seorang HRD Corp Accredited Trainer yang bertauliah di bawah Human Resource Development Corporation (HRD Corp), Coach Yana berpengalaman luas dalam melatih usahawan dan syarikat untuk menguasai strategi TikTok Marketing dan Digital Branding secara praktikal dan berkesan. Dengan kelulusan ini, program latihan yang dikendalikan kini layak untuk tuntutan HRD Corp, memberi peluang kepada organisasi dan individu untuk membangunkan kemahiran digital mereka dengan lebih berstruktur dan profesional.

Mengasaskan sebuah pusat latihan Titanext  Academy, misi Coach Yana adalah untuk memperkasa lebih ramai usahawan Malaysia agar menguasai kemahiran digital, menghasilkan kandungan yang memberi impak, dan membina sumber pendapatan mampan melalui kuasa media sosial.





Sehingga kini, Coach Yana telah melatih lebih daripada 1,000 peserta daripada pelbagai latar belakang, dari pelajar hingga usahawan mapan. Ramai daripada mereka berjaya mencapai peningkatan jualan antara 30% hingga 70%, menjana pendapatan lima hingga tujuh angka, serta membina kehadiran kukuh di platform TikTok melalui strategi kandungan, TikTok Live dan Affiliate.

Bidang Kepakaran

Coach Yana mengkhusus dalam latihan dan bimbingan berkaitan digital marketing dalam platform Tiktok. Modul yang diperkenalkan termasuk:

  • TikTok Ads & GMV Max Ads

  • TikTok Live Selling & Engagement Strategy

  • TikTok Content Creation & Storytelling

  • TikTok Shop (untuk Seller & Creator)

  • TikTok Affiliate Marketing

  • Digital & Personal Branding

  • AI Content Creation & Automation

  • Video Editing & Social Media Production

  • Digital Marketing Mentoring & Strategy Building


    Bersama Team Titanext Academy

Perjalanan & Pengalaman

Selepas tamat belajar dalam bidang Master of Business Adminstration (MBA) di UKM, Coach Yana mula bekerja sebagai Pensyarah disalah sebuah private university sehinggalah pada tahun 2014, Coach Yana keluar dari bidang akademik dan mula menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.


Bersama bekas pelajar di universiti Swasta pada tahun 2013

Perjalanan keusahawanan Coach Yana bermula pada tahun 2009 melalui perniagaan runcit dan pengedaran secara offline.  Pada tahun 2016, beliau menubuhkan jenama sendiri iaitu Kiddiesoft , rangkaian penjagaan kulit semula jadi khas untuk kulit sensitif.

Sebagai pengasas, Coach Yana terlibat sepenuhnya dalam pembangunan produk, penjenamaan, pemasaran dan jualan. Untuk menyokong pasukan ejen dan pengedar, beliau mula menjalankan latihan pemasaran digital melalui platform sosial media seperti Facebook, Instagram, Shopee dan Lazada.

Dari situlah lahirnya minat mendalam terhadap bidang latihan apabila melihat bagaimana ilmu dan strategi yang betul mampu mengubah prestasi dan keyakinan usahawan dalam dunia digital.

Brand Kiddiesoft - antara brand yang mula diperkenalkan oleh beliau pada tahun 2016


Pencapaian & Kolaborasi

Tahun 2022 menjadi titik perubahan apabila Coach Yana mula meneroka Pemasaran TikTok dan berjaya menjana jualan lima angka setiap bulan sebagai seorang content creator melalui strategi "User-Generated Content" dan penceritaan yang lebih personal.

Kejayaan ini membuka peluang untuk Coach Yana bekerjasama dengan pelbagai Content creator, usahawan kecil, agensi dan institusi dalam melatih usahawan serta komuniti digital. Antara kolaborasi dengan agensi kerajaan yang telah dijalankan termasuk:

  1. KESEDAR – Latihan Transformasi Digital Usahawan Luar Bandar
  2. Bersama peserta dari KESEDAR GUA MUSANG, KELANTAN.


    Bersama peserta dari KESEDAR KUALA KRAI, KELANTAN.

    2. Kolej Komuniti – Latihan Kemahiran Digital & TikTok Marketing


  3.                       

    3. Exco Usahawan Pulau Pinang – Bengkel TikTok Business



    4. Pertubuhan Kemajual Sosial Malaysia (dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)  – Program Pembangunan Wanita Usahawan




    5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru – Bengkel Penjenamaan Digital & TikTok Marketing




6. Yapeim  – Kursus Digital Marketing 



Kolaborasi lain :






Falsafah Latihan Coach Yana

Falsafah latihan Coach Yana berasaskan tiga prinsip utama:

  1. Pembelajaran Praktikal – Modul yang mudah difahami dan terus boleh dilaksanakan.

  2. Aplikasi Secara Hands-on – Peserta belajar melalui aktiviti, simulasi dan latihan sebenar.

  3. Hasil yang Boleh Diukur – Setiap peserta meninggalkan sesi dengan pelan tindakan dan KPI yang jelas.

Bagi Coach Yana, latihan yang berkesan bukan hanya tentang teori tetapi bagaimana setiap peserta mampu melihat perubahan sebenar selepas sesi, dengan strategi yang jelas dan keyakinan yang meningkat.


Pensijilan & Pengiktirafan

  • Sijil Train The Trainer (TTT) – Kod: TM002 

  • HRD Corp Accredited Trainer

  • Pengasas & Jurulatih Utama Titanext Academy (SSM NO : RA0084331-P)

  • Usahawan & Pemasaran Digital sejak 2009


Visi & Misi Coach Yana

Visi:
Memperkasa Usahawan untuk menguasai kemahiran digital, membina kandungan kreatif dan menjana pendapatan melalui kuasa media sosial.

Misi:

  1. Menyediakan latihan yang praktikal, interaktif dan mudah difahami.

  2. Membimbing usahawan serta pencipta kandungan mencapai kejayaan sebenar di platform TikTok.

  3. Menjadi peneraju dalam latihan TikTok Marketing & Digital Branding di Malaysia

    Antara Feedback Peserta Kelas








Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Consultation Session
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA


Maklumat Peniaga

Titanext Academy
titanext.sales@gmail.com
+601160986063
Whatsapp admin sini