
Profile Ringkas
Coach Yana atau nama sebenar Nor Zuriana Binti Mohammad telah berpengalaman dalam perniagaan online selama 11 tahun iaitu sejak 2013.
Selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengkhususan dalam Marketing) pada tahun 2013, beliau bekerja sebagai Pensyarah bagi subjek perniagaan disalah sebuah kolej swasta dengan membawa modul "teori semata-mata" kepada para pelajar.
Merasakan "kurang pengalaman" dalam perniagaan secara praktikal dan ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan sebenar, beliau meletakkan jawatan sebagai pensyarah pada awal tahun 2014 dan terus mula berniaga secara online dengan menjual produk orang iaitu sebagai dropshipper & agent.
Pada tahun 2016, beliau mula perkenalkan produk sendiri dengan membawa jenama "Kiddiesoff" iaitu rangkaian produk untuk menyelesaiakan masalah kulit bayi dan dewasa.
Bermula dari situ, beliau mula melaburkan duit untuk mendaftar kelas-kelas dan seminar-seminar perniagaan dan pemasaran oleh trainer-trainer terkemuka Malaysia seperti Azizan Osman, Sifu Jamal, Najib Asaddok, hasbul brothers, sifu google ads dan guru-guru perniagaan lain.
Beliau sangat mementingkan ilmu dalam proses peningkatan perniagaan. Ilmu yang dipelajari sedikit sebanyak telah diaplikasikan dalam perniagaan beliau dan kini diterapkan didalam setiap kelas beliau.
Pada tahun 2020, waktu negara diserang virus covid-19, dan banyak perniagaan terjejas oleh PKP termasuk perniagaan Kiddiesoft terpaksa ditutup pada 2021 kerana kilang tidak dapat membekalkan produk. Bermula dari situ coach yana mula menjadi agen produk lain iaitu produk suplemen kesihatan dan mula menjual di Tiktok.
Bermula dari situ coach yana mula "explore" trend dan teknik marketing menggunakan platform tiktok. Dari kejayaan beliau membuat pemasaran melalui Program Affiliate Tiktok, banyak permintaan untuk beliau mengajar cara-cara buat duit di platform tiktok pada awal tahun 2023.
Bermulalah kelas-kelas asas affiliate tiktokshop melalui platform telegram, seterusnya ke sesi kelas online melalui platform ZOOM dan personal coaching iaitu perjumpaan secara "face to face" kepada mereka yang memerlukan pembelajaran dengan lebih lanjut.
Sepanjang tahun 2023, terdapat banyak kejayaan-kejayaan yang diperolehi oleh peserta-peserta kelas yang menghadiri kelas tersebut. Dari bermula kosong, Mereka berjaya membuat jualan dari 3 angka hingga ke 6 angka hasil dari ilmu yang dipelajari dari kelas Coach Yana. Peserta kelas terdiri daripada pelajar, suri rumah, usahawan kecil dan yang masih bekerja.
Hasil Peserta class tiktok shop jana sales hingga 6 angka
Menyedari ada terdapat permintaan untuk belajar Tiktok Ads iaitu pengiklanan berbayar tiktok, coach yana mula membuka sesi personal coaching Tiktok Ads yang kebanyakannya terdiri dari pemilik bisnes pada Oktober 2023 melalui pembelajaran dari guru-guru tiktok dan pengalaman beliau sendiri.
PERSONAL COACHING TIKTOK ADS
Antara Kejayaan dan pengalaman Sendiri dalam Tiktok Shop
Antara Content affiliate yang berjaya "FYP"
Record sendiri bila mula buat live affiliate tiktok (Sales pada bulan pertama buat live RM30k)
Kelas online dan offline yang dianjurkan
JEMPUTAN TRAINER TIKTOK SHOP
O
Kelas online tiktok shop di platform zoom
Jemputan Team Coaching oleh brand fashion
Online Class Tiktok Shop
Jemputan seminar menjadi trainer Tiktok Shop oleh exco Usahawan Penang
Jemputan Team Coaching Online
Personal Coaching Tiktok Ads
Personal Coaching Tiktok Shop